2015

Selamat tahun baru!
aku baru tengok posting terakhir aku ialah pada Januari 2014.

sekarang ni dah masuk januari 2015. Semangat la pulak nak menulis kembali.
Meleleh air mazi sebab teruja nak menulis blog.

Tadi dalam jamban aku browse through satu menatang ni. Pogo Polaroid printer.

Unknown

rasa nak beli. jadi lepas tangkap gambar pakai iphone , boleh kasi bluetooth ke printer ni, dan dia akan print kan gambar. Kertas tu ada sticky glue kat belakang . lepas tu boleh tepek dalam notebook. macam buat journal lah.

kiranya kalau dah menulis kat notebook lepas tu tepek gambar, macam blogging la jugak kan.

2014

Pada malam tahun baru 2014, aku di pantai Surfer’s Paradise. Sejak dari pukul 11 malam aku sudah ada di situ. Orang sedikit demi sedikit menuju ke pantai. Sebab nak menyambut kedatangan Tahun Baru. Mereka akan menjerit jerit, memandang ke langit melihat pertunjukan bunga api .

Aku hanya duduk di satu batu di seberang jalan, sambil mengambil gambar candid orang yang lalu lalang. Pukul 11:52 malam, tiba tiba hujan renyai- renyai dan perlahan lahan menjadi lebat.  Orang berpusu pusu lari ke tebing dan mencari tempat berteduh di gerai gerai kedai kedai seberang jalan, termasuk lah aku.  Hujan berhenti pada 11:56 malam, dan manusia kembali bergegas ke tepi pantai, dan beberapa saat sebelum detik 12:00 Malam, mereka sama sama melaungkan ….Five, four , three , two …one, Happy New year!!!! dan serentak bunga api bersemarak di angkasa

Image

Ada yang kemudian mengucapkan Selamat Tahun baru kepada aku, sambil bersalam, ada yang menjerit jerit macam beruk dan berjoget joget, ada juga yang melompat lompat…

Mereka semua gembira.

Untuk apa itu semua, aku pun tak tahu.

serius…aku tak tahu. Konon ceritanya, orang Babylon yang mula mula menyambut Tahun Baru …( http://wilstar.com/holidays/newyear.htm )

Image

 

 

DRAMA KOREA

Drama korea ni macam cerita Bollywood. Kalau ada orang frust cinta, dia frust giler macam dunia ni dah gelap. Kalau ada perempuan suka sangat orang lelaki ni, dia jadi bodoh giler sampai macam takde maruah. Sanggup dibodoh bodohkan dan perasaannya di kotak katik, di maki hamun depan tempat awam.

Tapi kalau bini aku oleh tercongok tengok citer korea berjam jam, bersambung puntung, aku boleh kata lah, cerita drama korea ni jauh lagi baik dari filem tempatan

Masalah Pemimpin Negara

Pilihanraya Umum sudah lama berakhir.

Semalam aku menghadiri festival Belia di Putrajaya. Linda Onn jadi master of ceremony. Perdana Menteri ada, menteri belia yang baru, Khairy jamaluddin pun ada, disamping mantan perdana menteri , Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Dan di depan pentas, ada beribu ribu belia dari berbagai lapisan masyarakat majmuk Malaysia.

Dalam Ucapan peresmian festival belia, Perdana Menteri bercerita pasal betapa pentingnya tidak ikut politik jalanan. Dan betapa bersungguhnya Barisan Nasional akan mendasarkan strategi untuk membantu belia. Dan sambil sindiran berapi terhadap part parti pembangkang Barisan Nasional yang cakap tak serupa bikin. Sebelum PM naik cerita dan komen pasal pilihanraya, Menteri Belia yang baru, Khairy jamaluddin telah awal awal lagi bercakap dengan semangat ,membesar besarkan Perdana Menteri dan Barisan Nasional.

Apa barang da?

Ini lah masalah Barisan Nasional ni. Tu acara tahunan untuk hari Belia. Cerita lah pasal belia, bagi lah semangat kepada orang belia. jangan cakap pasal pilihanraya dan politik parti. kamu di atas dah jadi pemimpin dalam kerajaan yang dah di pilih rakyat.

Beribu orang kat bawah pentas tu semua rakyat Malaysia. yang macam – macam fahaman dan pendirian masing masing. Sepatutnya kamu semua di atas janganlah cerita pasal ‘US’ vs ‘Them’.

sedih aku. majlis pelancaran festival Belia dah jadi macam minggu berkempen parti politik sebelum pilihanraya pulak.

Macam tema hari Kebangsaan tahun lepas, ‘janji Ditepati’. Itu tema dan moto kempen barisan nasional. Orang yang ada semangat cintakan Tanah Air pun rasa payau nak menyambut Hari Kemerdekaan.

perdana Menteri dan kabinet dia ni, macam tak ada orang PR (Public relations, bukan Pakatan Rakyat) yang nak tolong dia orang ni semua.

Dalam kerajaan yang dah di persetujui oleh rakyat , hasil dari keputusan pilihanraya baru baru ini, ada semua…ada Barisan Nasional , dan pembangkang Barisan Nasional. Pembangkang Barisan Nasional pun ada dalam parlimen yang membahaskan issu issu . Mereka ini sebahaguan dari kerajaan juga.

Sebagai Perdana Menteri, kepada semua rakyat, bercakap lah sebagai Perdana menteri, bukan sebagai ahli Parti Politik.

faham tak?

Aku bersemangat memandu ke Putrajaya, nak tengok M. Nasir dengan Ramli Sarip sebenarnya.

Nilai RM10

Tahun 80an, masa tingkatan 3 atau 4, kalau aku ke KL, aku akan naik bas mini. Seingat aku tambangnya 60sen aje.

Tempat melepak pun, samada Komplex Pertama, atau dekat area Dang Wangi tu. Samada turun bas di Bangkok Bank atau kat Chowkit.

Kalau kat Pertama Komplex, area foodstall tu aku makan claypot mee (Ngah Po Mee), harga paling mahal pun R2.00. Minum sirap 50sen.

Beli rokok Dunhill bukak, 20sen. lepas tu pergi tengok wayang. Kalau nak kelas satu, harga RM3.

Balik rumah naik bas mini lagi, 60sen.

Total kos untuk hari yang produktif, perlukan

tambang rm1.20

Makan + minum rm2.50

Tiket wayang rm3

Jumlah Semua RM6.70.

Katalah hilang 30sen sebab tercicir 10 sen atau beli sebatang rokok 20sen, maka ada lagi baki rm3.

Sekarang, masuk starbucks, nak minum kopi sebab nak melepak masuk internet free , harga kopi pun dah paling murah rm11.

Damn

Tanjung Kling

Dalam Hikayat Melayu, Benua Hindi atau India dipanggil Benua Keling.

Pada orang India di Malaysia, perkataan Keling ni tak disukai.

Ada orang kata sebab masa British bawak mereka ke Tanah Melayu, mereka di ikat dengan rantai dan loceng. Jadi bila mereka berjalan, ada lah bunyi ‘kling! Kling!’

Tapi tu mungkin mitos aje. Sebab Hikayat Melayu dah ada lama lagi sebelum Orang British bawa masuk orang India yang kena ikat dengan rantai.

Pedagang India, Farsi dan Arab dah lama datang berdagang di Melaka.
Ada kerajaan bernama Kalingga yang sangat berpengaruh ketika itu, dan orang orangnya berhubung erat dengan orang orang asia tenggara melalui perdagangan.

Dan sudah pasti perkataan Keling untuk merujuk kepada mereka zaman dahulu kala lagi bukan isu besar.

Binatang peliharaan

Kucing memang binatang yang suka buat kepala dia aje. Sebenarnya pada pandangan kucing tu, kita yang jadi binatang peliharaan dia.

Sepanjang kita tak ada di rumah. Dia buat macam biasa. Sebab aku ada pasang webcam. Mana mana ada internet connection, aku boleh tengok keadaan rumah mengunakan ipad atau smartphone.

Tapi bila kita balik aje, dia berak dekat tengah tengah ruang tamu, macam nak bagi tau kita, “mana lu pergi satu minggu?…ha, pergi cuci tawik aku”

Bengaluru – Part II

Di Training Center yang aku pergi tu ada satu lif. Bila kita tekan butang ke tingkat 4, dan kalau lif tu dah sampai, ada suara kat speaker dalam lif tu – “Please exit when the door is open”

what the fuck???

kadang kadang aku malas nak naik Tuk Tuk (atau orang sini panggil Auto). Jadi aku pun jalan lah lebih kurang 3 kilometer ke hotel.

Ada satu simpang 4. Ada dua orang mamat ni yang pakai topi koboi, pegang kayu. Dia jaga trafik. Hari tu aku nampak dia menjerit – jerit suruh lori berhenti. Dia berdiri depan lori tu, sambil hayun hayun kan kayu tu, menjerit jerit suruh pemandu lori tu berhenti, sebab dia nak bagi laluan pemandu dari simpang lain masuk ke jalan tengah. Gila power. Kalau kat KL agaknya, mahu dah mati kena lenyek lori lama dah.


Ni gambar waktu pagi , aku tangkap dari dalam tuk tuk dalam perjalanan ke training center.

Bengaluru

Bengaluru atau Bangalore ialah salah satu bandar besar di India. Sebelum ini, setelah 4 kali pergi ke India Visa Center, baru lah permohonan visa aku diluluskan untuk pergi ke Bangalore.

Ada beberapa perkara ganjil yang aku telah alami sepanjang 4 hari aku di Bangalore.

Ini ialah gambar pemandu teksi yang bawa aku dari airport ke Zuri Whitefield Hotel. Masa dalam perjalanan tiba tiba dia berhenti di stesen minyak untuk isi minyak. Dia mintak aku bagi dia 200 rupee suruh aku tolong bayarkan duit minyak dia. Lepas tu nanti dia kontra dengan harga tambang teksi bila sampai di hotel. Aku tanya dia pakai meter ke tak, masa mula mula nak masuk. Dia reset kan spedometer teksi, jadi 0. Dia kata 1 KM ialah 15 Rupee. Perjalanan lebih kurang 58 KM dari airport, sebab dia pakai jalan kampung. Sebab dia kata kalau ikut jalan lebuhraya dan masuk ke bandar, banyak traffic light. Dalam perjalanan banyak lah bangunan ganjil yang aku sempat rakamkan. Contohnya training center untuk kursus I.T.

Pusat Ayam Berpakaian ni pun aku tak faham.